suria

“Dulu saya masih jahil”… Saiful Apek kini lebih yakin kongsi nasihat, berdakwah cara komedi

SEDANG melalui fasa perubahan dalam hidup, pelawak Saiful Apek berkata dia tidak lagi mahu mengejar populariti sebaliknya lebih fokus mendekati peminatnya di media sosial.

Saiful atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohammed, 54, bagaimanapun berkata perubahan yang berlaku pada dirinya kini kerana ingin memberikan kebaikan dan manfaat kepada masyarakat.

“Mungkin ada yang perasan ke tak waktu saya berlakon sebagai makhluk asing sebagai Zoragas, saya makhluk asing pertama Islam sebab berikan salam, begitu juga dengan adiwira Cicakman sebab berikan salam... itu sebenarnya saya lakukan secara tak langsung pada awalnya.

“Kalau kita lihat sekarang ini banyak para ulama juga menggunakan medium komedi untuk menyampaikan dakwah, banyak kata-kata nasihat yang saya berikan itu datangnya daripada saya dengar, melihat dan alam serta pergaulan orang ramai juga.

“Saya tidak belajar mahupun berguru daripada mana-mana mahupun menggunakan rujukan buku tertentu, ia datang secara semula jadi hasil daripada pengalaman yang saya lalui sebelum ini,” kata Saiful kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi