suria

Impian bawa anak cuti atas kapal mewah tak kesampaian, founder terlupa ‘renew’ pasport hampir tamat tempoh… “Silap saya cuai!”

TIDAK mengetahui perlu memperbaharui pasport enam bulan sebelum tamat tempoh, wanita bernama Siti Azura meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat membawa dua orang anaknya dalam percutian kapal mewah.

Kata Azura atau Siti Azura Mohamad Nor, 41, dia benar-benar tidak mengetahui syarat penggunaan pasport sebelum keluar negara.

“Sumpah saya tak tahu kena perbaharui pasport sebab dulu masa saya pergi Thailand, pasport saya baru sahaja buat.

“Jadi saya tak tahu fasal prosedur enam bulan terakhir kena perbaharui... ini kali kedua saya keluar negara, saya tak tahu pula tentang perkara tu,” katanya kepada mStar.

Kata Azura lagi, anak sulungnya sahaja yang dibenarkan menaiki kapal mewah tersebut sementara dua adiknya serta bapa terpaksa melupakan hasrat percutian berkenaan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi