PELAKON dan penyanyi baharu Ahmad Adly meluahkan rasa kecewa apabila keluarganya ditipu oleh kenalan dalam urusan perniagaan sehingga menyebabkan mereka menanggung kerugian sebanyak RM250,000.
Adly, 23, berkata, pinjaman diberikan kerana percaya dengan individu tersebut namun rakan bapanya itu gagal membayar semula wang berkenaan selain memberi pelbagai alasan apabila diminta berbuat demikian.
"Saya sebenarnya agak kecewa sebab sebelum ini, individu tersebut merayu minta tolong sampai sanggup berjanji macam-macam namun akhirnya semuanya hanya tinggal janji.
"Pinjaman yang diberikan pada awal tahun ini tapi sampai sekarang langsung tak nampak harapan dia akan membayar kembali hutang itu.
"Saya dah cuba hubungi tapi macam mengelak dan tiada cara lain selain terpaksa mengambil tindakan demi mendapatkan kembali hak saya dan keluarga," katanya ketika ditemui mStar pada Rabu.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI