suria

Peminat fanatik baling telur gara-gara gosip cinta Tomok… Siti Nordiana imbau kenangan awal jadi artis

PENYANYI Siti Nordiana memberitahu dia pernah dilemparkan telur oleh peminat sewaktu membuat persembahan nyanyian di awal karier seninya dahulu.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, insiden itu berlaku kerana peminat tidak suka apabila dia digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan Tomok pada ketika itu.

“Waktu tu Nana berusia 17 tahun... saya baru jadi penyanyi dan pernah dilemparkan telur oleh peminat kerana mereka tak suka saya digosipkan bercinta dengan Tomok.

“Habis kotor kain Nana dan pihak penganjur terpaksa minta saya turun daripada pentas serta hentikan persembahan.

“Memang terkejut masa kena tu sebab saya pun masih muda dan baru lagi dalam industri... tapi apa pun banyak saya pelajari daripada kejadian tersebut.

“Alhamdulilah sekarang ni tak ada peminat yang macam tu,” kata Nana kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi