suria

‘Kampung People’ ubah personaliti... Karakter Lailer serlah sisi bimbo Riena Diana

PELAKON Riena Diana masih menanti tawaran bagi menjayakan watak boleh menandingi karakter sebagai Lailer menerusi drama bersiri Kampung People yang mempopularkan namanya sebelum ini.

Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 26, berkata, populariti wataknya itu juga sudah sebatinya dengan dirinya sehinggakan personaliti Lailer mempengaruhi karakternya yang sebenar.

"Saya sejujurnya tak kisah dan selesa apabila orang panggil saya Lailer... Watak itu pun sudah sebati dengan diri saya.

"Dulu saya macam introvert sikit tapi bila dah bawa watak itu, dia (Lailer) buat saya tukar karakter sedikit yang lebih ceria dan saya suka karakter ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Riena berkata, dia juga menganggap orang ramai memanggilnya sebagai Lialer sebagai satu pujian kerana ia bukti drama tersebut meninggalkan kesan mendalam di hati penonton.

"Bagi saya ia satu pujian sebab orang terlampau suka serta obses dengan watak itu.

"Kadang-kadang bawa watak lain pun orang susah nak terima dan saya masih menanti karakter yang dapat menandingi karakter tersebut," katanya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi