suria

[V] Nubhan tak guna ibu lariskan bisnes, rezeki Mak Jenny di usia tua... Lagu baharu tanda dedikasi

PENYANYI Nubhan tidak pernah berniat menggunakan ibunya iaitu Badariah Omar atau Mak Jenny, 78, sebagai 'alat' mempromosikan perniagaan yang diusahakan.

Sebaliknya kata Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 37, dia berharap setiap video yang dikongsi bersama ibunya dapat memberi inspirasi dan manfaat kepada orang ramai.

"Apa yang berlaku kepada ibu saya sekarang adalah rezeki buatnya. Kami pun tak sangka dia dapat perhatian sebegini pada usianya sekarang. Semua yang berlaku adalah secara tiba-tiba.

"Kalau ada yang kata saya sengaja mempergunakan ibu sendiri, itu tidak benar. Ini semua soal rezeki. Tidak salah sekiranya saya berkongsi rezeki ini dengan ibu.

nubhan 3

Nubhan yakin ibunya ada kelompok peminat sendiri.

"Sekarang ibu saya sudah ada peminat sendiri. Sebab itu pergi ke mana pun, saya kena bawa Mak Jenny," katanya kepada mStar.

Sebagai penghargaan buat ibunya, Nubhan juga tampil dengan sbuah lagu baharu berjudul Kekasih Untukku yang merupakan ciptaan sepnuhnya oleh Ikhwan Fatanna.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ibu Nubhan cerita pengalaman terkejut beli beg LV harga RM14,200... Mak Jenny dah ‘plan’ nak melaram pergi makan kenduri

ARTIKEL BERKAITAN: Demam tak surut, pelakon era 80-an Connie derita buah pinggang bernanah

Selain sebuah karya dedikasi terhadap ibu, lagu ini juga diharapkan dapat memberi inspirasi kepada pendengar yang melalui jalan cerita berbeza.

Tambah Nubhan dia juga tidak pernah meletakkan sasaran untuk lagu baharu ini menduduki kedudukan dalam mana-mana carta atau bertanding dalam anugerah.

Sekarang nama ibu saya bagaikan sudah ada peminat tersendiri. Sebab itu ke mana pergi, saya kena teruskan bawa nama Mak Jenny

NUBHAN

PENYANYI

"Lagu berbeza dengan perniagaan. Kalau kita letakkan sebuah arya seni itu sebagai sebuah pernigaan ia tidak akan menjadi.

"Saya tidak pernah terfikir keluarkan lagu ini untuk mencipta nama atau ia akan 'meletup'. Saya ikhlas untuk kongsikan sebuah karya kepada peminat.

nubhan 2

Nubhan masih aktif menyanyi.

"Kalau lagu ini boleh sampaikan mesej untuk pendengar, ia satu kemenangan buat saya," ujarnya.

Sementara itu, Nubhan juga menegaskan dia tidak pernah meninggal dunia seni meskipun kini semakin aktif dalam bidang perniagaan.

"Saya masih lagi menerima undangan menyanyi. Ini adalah minat saya dan orang kenal saya pun sebagai penyanyi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain