suria

Refal Hady pernah rasa sakit hilang kedua orang tua, tak sukar hayati watak dalam filem ‘Ketika Berhenti Di Sini’

Refal mengakui rasa sakit kehilangan ibu bapa.

PERNAH rasa sakit kehilangan insan tersayang membuatkan pelakon Refal Hady lebih mudah menjiwai watak lakonannya dalam filem terbaharu berjudul Ketika Berhenti Di Sini.

Menurut Refal atau Reza Fahlevi Alhady, 30, dua kehilangan besar dirasai olehnya apabila bapa meninggal dunia pada tahun 2013 dan ibu pula menghembuskan nafas terakhir semasa pandemik Covid-19 lalu.

Justeru itu, dia berharap lakonannya dalam filem ini boleh memberikan mesej positif kepada penonton supaya terus menghargai insan tersayang.

"Saya sendiri sudah kehilangan kedua orang tua (ibu bapa) dan perkara itu sangat berat untuk dilalui.

refal2 - 1

Refal bersama barisan pelakon Ketika Berhenti Disini.

"Menerusi filem ini, mesej positif yang ingin disampaikan adalah untuk kita lebih menghargai waktu-waktu bersama insan tersayang.

"Lebih menghargai apa yang kita suka, apa yang kita ada... kerana kebanyakan daripada kita tidak sedar tentang nikmat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Refal Hady jadi kegilaan wanita, cari kekasih yang berakhlak

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Meerqeen, Kiky Saputri dicium Refal Hady pula... Ramai makan hati!

"Filem ini akan mengingatkan kita untuk sentiasa menghargai apa yang kita ada... jangan pernah kita mensia-siakan orang yang kita sayangi,” katanya kepada mStar.

Refal berkongsi perkara itu ketika ditemui du tayangan perdana filem Ketika Berhenti Disini yang diadakan di The Starling, Petaling Jaya pada Sabtu.

Saya sendiri sudah kehilangan kedua orang tua (ibu bapa) dan perkara itu sangat berat untuk dilalui.

REFAL HADY

PELAKON

Dalam pada itu, Refal turut berkongsi cabaran yang dilalui ketika membawakan watak sebagai Irfan iaitu teman baik kepada Dita lakonan Prilly Latuconsina.

Irfan merupakan seorang lelaki yang cukup tenang dan setia menemani Dita dalam menempuhi hari-hari sukar.

"Secara peribadi mungkin cabaran untuk saya berlakon filem ini adalah bagaimana caranya untuk mengawal emosi sebagai karakter Irfan.

"Irfan seorang yang sangat tulus dan sabar... penonton harus menonton sendiri bagaimana sikap Irfan yang sangat melindungi Dita," ujarnya.

Sementara itu, Refal berharap agar filem ini mendapat sokongan peminat di Malaysia dan pastinya peminat dapat mengambil mesej positif yang ingin disampaikan.

"Saya juga mengharapkan agar filem ini mendapat sambutan peminat di Malaysia... saya mahu penonton merasakan impak positif yang ada dalam filem ini.

refal1 - 1

Ketika Berhenti Disini sudah mula ditayangkan di Malaysia.

"Ketika menonton filem ini, penonton pasti merasai pelbagai emosi yang menyentuh tentang kehilangan.

"Saya pasti setiap manusia mempunyai cara tersendiri untuk untuk mengubati rasa kehilangan. Mungkin selepas menonton mereka akan berasa sedikit lega dan menerima takdir akan kehilangan yang dirasai," katanya.

Selain Refal dan Prilly, filem ini turut dibintangi beberapa pelakon popular Indonesia termasuk Bryan Domani, Lutesha, Cut Mini Theo dan Jourdy Pranata.

Filem ini mula ditayangkan di pawagam bermula Khamis lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain