PEMINAT muzik hip hop pastinya tidak sabar dan ternanti-nanti kemunculan serta buah tangan terbaharu daripada penyanyi rap, Malique. Tampil dengan karya terbaharu berjudul Sedih Hati yang turut menggabungkan suara Allahyarham Mona Fendy, impian peminat untuk melihat Malique muncul dalam video muzik (MV) bagaimanapun tidak kesampaian. Sebaliknya, tular pula MV versi akustik lagu berkenaan memaparkan seorang remaja perempuan dipercayai anak kepada Malique iaitu Inca Medina. Nama Inca menjadi bualan netizen. Dalam MV yang dimuat naik di saluran YouTube itu, gadis berkenaan awalnya mengenakan topeng muka sambil menggesek biola serta ditemani beberapa pemuzik lain. Bagaimanapun di akhir video, gadis berkenaan dilihat membuka topeng muka sekaligus memaparkan wajah sebenarnya. Sehubungan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja kerana dapat melihat wajah Inca yang sudah meningkat dewasa buat kali pertama. ARTIKEL BERKAITAN: Malique kesal foto bercuti bersama keluarga tular, minta kebenaran dan jangan rakam curi-curi! - Zizi Kirana ARTIKEL BERAKITAN: Tak melatah digelar ‘lapik kaki’, Dr Zulkifli puji lagu ‘Aku Maafkan Kamu’ - “Bagus lirik lagu Malique” Malah mereka juga terimbau kembali lagu Senyum yang turut menyelitkan nama Inca Medina di dalam liriknya. "Dulu tengok masa kecil, sekarang dah besar. Ikut bakat ayah dia pandai main muzik. "Sekali senyum nampak Mr. General (Malique). Dekat 13 tahun lagu Senyum itu. Tua dah kita ini. "Kita tunggu ayah dia muncul, sekali dia hantar anak ubat rindu kita semua," antara komen netizen. Kemunculan Malique sentiasa dinanti peminat. Untuk rekod, Malique yang juga merupakan bekas ahli kumpulan Too Phat ini hilang secara misteri dalam industri hiburan sehingga menjadi perbualan ramai sejak ia berpecah pada 2007. Malah Malique difahamkan memilih untuk berkerja di sebalik tabir namun masih lagi menghasilkan karya-karya baharu yang menerima sambutan ramai sehingga kini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!