SAH bergelar isteri kepada ahli perniagaan pada Jumaat, pelakon Intan Najuwa berkongsi detik awal perkenalannya bersama suami iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman. Menurut Intan atau nama sebenarnya Najuwa Abdul Wahid, 26, hubungan yang terjalin itu bermula dengan perkenalan diatur oleh seorang rakan mereka. Kata Intan, dia tidak menyangka perkenalan sebagai sahabat berakhir dengan bibit-bibit cinta. "Sebenarnya perkenalan kami tiada yang istimewa... kawan baik Asraf (suami) merupakan kawan saya juga. Pernikahan Intan berkonsepkan taman. "Dia sangat lowkey (jarang dilihat) tidak pernah nampak dekat mana-mana dan tiba-tiba kawan perkenalkan saya dengan dia. "Pada mulanya kami hanya bertegur sapa tetapi tak tahu pula sampai sangkut (terpikat)," katanya kepada media. Dalam pada itu, Intan turut berkongsi perasaan sebak yang dirasakan sejurus mereka selamat diijabkabulkan di sebuah hotel mewah di Desaru, Johor. ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa kini isteri ahli perniagaan bergelar Datuk, terima wang hantaran RM222,000 ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa kunci mulut sudah bertunang tapi mengaku sedang bahagia Pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu dilihat mengalirkan air mata ketika rakan-rakan baiknya memberikan ucapan dan doa buat pasangan pengantin. "Saya rasa perasaan (sebak) itu datang secara semula jadi. Saya sebak sebab saya rasa saya sudah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjaga saya. "Macam-macam sebenarnya yang kami lalui orang tidak tahu... Alhamdulillah kini kami bergelar suami isteri, disebabkan itu saya rasa agak sebak," ujarnya. Intan akhirnya bertemu dengan lelaki idamannya. Bercakap mengenai perancangan bulan madu, Intan memberitahu mereka tidak memikirkan lagi mengenai perkara itu kerana mempunyai tuntutan kerja yang perlu diselesaikan. Dalam pada itu, Intan berkata suaminya tidak pernah menghalang untuk dia meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan. "Soal bulan madu pula belum ada perancangan kerana saya akan terus bekerja dan suami juga terikat dengan jadual kerja yang padat. "Kalau fasal kerjaya, kahwin atau tidak saya tetap bekerja seperti biasa. Suami juga tidak pernah menghalang kerjaya saya... dia sangat supportive dan memahami," katanya. Pada Jumaat, Intan sah bergelar isteri kepada usahawan Asraf dengan sekali lafaz pada pukul 6.45 petang. Intan disatukan sebagai suami isteri daam satu majlis penuh meriah dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Intan bergelar isteri kepada Asraf dengan sekali lafaz. Pada majlis tersebut, Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000. Pada Februari lalu, mStar menerima maklumat Intan dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang individu bergelar Datuk. Sumber memaklumkan, majlis pertunangan tersebut berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru dan pasangan itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Untuk rekod, Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 namun hubungan mereka tidak bertahan lama sebelum memutuskan hubungan itu ekoran sudah tiada persefahaman. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!