INDIVIDU diberi tanggungjawab menata rias wajah Intan Najuwa pada hari perkahwinan pelakon itu iaitu Datuk Alha Alfa tampil menjelaskan mengenai solekannya yang mengundang kritikan segelintir netizen. Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, 35, memohon maaf sekiranya ada individu yang menganggap solekan Intan sewaktu majlis akad nikah dikatakan terlalu berat dan sarat. Kata Alha, perkara ini berlaku disebabkan Intan melakukan penyambungan bulu mata (eyelash extension) yang menyebabkan solekan itu seakan-akan tidak kena. Perkongsian Alha di Instastory. "Saya minta maaf sekiranya anda (netizen) merasakan mekap Intan itu heavy... kelemahan saya apabila pengantin pakai eyelash extension siap sedia. "Saya tidak menyalahkan pengantin, cuma orang luar akan salahkan saya 'Kenapa bulu mata tebal?' Dia mekap simple lagi cantik," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Perkenalan awal diatur rakan, Intan Najuwa sebak akhirnya jumpa lelaki tepat jadi suami ARTIKEL BERKAITAN: Empayar Alha Alfa bermula daripada membantu bidik foto rakan sebilik Alha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya. Dalam pada itu, Alha menegaskan dia hanya menggunakan mekap asas (foundation) untuk mendapatkan solekan natural. Bagaimanapun, disebabkan gambar yang diambil menggunakan bantuan pencahayaan, solekan wajah aktres berkenaan dilihat agak berat. "Mekap hari ini saya hanya guna satu pam foundation... dap menggunakan span sampai hilang foundation sebab nak bagi natural. "Tetapi disebabkan tak dapat ambil gambar daripada natural light (matahari) kerana hujan... jadi bila guna lighting akan nampak tebalnya. Intan selamat bergelar isteri kepada Asraf. "Namun tidak mengapa, Intan happy saya pun gembira," ujarnya. Menjengah ruangan komen perkongsian jurusolek berkenaan, rata-rata netizen memuji sentuhan Alha. Ada yang mengatakan wajah Intan nampak lebih berseri dan lain daripada kebiasaan. Pada Jumaat, Intan atau Najuwa Abdul Wahid, 26, sah bergelar isteri kepada usahawan Datuk Ahmad Azraf Asman, 39, dengan sekali lafaz pada pukul 6.45 petang. Intan disatukan sebagai suami isteri daam satu majlis penuh meriah dihadiri keluarga dan rakan terdekat. Pada majlis tersebut, Asraf, 39, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM20,000 manakala wang hantaran sebanyak RM222,000. Alha menjadi antara pilihan ramai rakan selebriti. Pada Februari lalu, mStar menerima maklumat Intan dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang individu bergelar Datuk. Sumber memaklumkan, majlis pertunangan tersebut berlangsung di kediaman keluarga Intan di Johor Bahru dan pasangan itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini. Untuk rekod, Intan pernah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019 namun hubungan mereka tidak bertahan lama sebelum memutuskan hubungan itu ekoran sudah tiada persefahaman. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!