suria

Pertama kali datang KL… Kim Seon Ho suka makan cendol, katanya cuaca Malaysia lebih baik

Seon Ho tertarik dengan cendol.

PELAKON Kim Seon Ho mengakui jatuh cinta dengan Malaysia selepas mencuba beberapa hidangan istimewa di negara ini.

Kata Seon Ho, 37, dia sempat menikmati beberapa jenis makanan tempatan selepas menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada malam Khamis.

Namun apa yang paling digemari olehnya ialah cendol dan menyifatkan pencuci mulut itu sedap serta menyegarkan.

kim3 - 1

Seon Ho teruja dengan keenakan rasa cendol.

"Saya sangat sukakan makanan seperti bingsu itu... oh namanya cendol. Tekstur cendol berwarna hijau yang seperti jeli itu membuatkan rasanya lebih menarik.

"Selain itu, saya juga sudah minum teh tarik dan makan nasi lemak... ramai yang meminta untuk saya mencuba nasi lemak kerana keunikan sambalnya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Seon Ho datang KL! Peminat berpeluang bertemu di acara 'One, Two, Three Smile' 18 Ogos ini

ARTIKEL BERKAITAN: Pulang dari Thailand, Kim Seon Ho dikerumuni media dan peminat di lapangan terbang

Seon Ho berkongsi perkara itu di acara sesi bertemu peminat 'One, Two, Three, Smile' yang diadakan di Mega Star Arena, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Dalam pada itu, pelakon drama Hometown Cha Cha Cha ini memberitahu dia senang dengan cuaca di Malaysia memandangkan di Korea Selatan kini sedang mengalami musim panas.

"Ini pertama kali saya ke Malaysia dan saya juga sangat suka cuaca di sini. Nampaknya lebih sejuk dari Korea.

Tekstur cendol berwarna hijau yang seperti jeli itu membuatkan rasanya lebih menarik.

KIM SEON HO

PELAKON

"Saya sudah ke beberapa buah negara untuk menjayakan tour ini, saya membuat perbandingan adakah Korea lebih panas atau cuacanya lebih kurang sama dengan negara-negara lain," ujarnya.

Menerusi sesi bertemu peminat itu, Seon Ho sempat berinteraksi bersama penonton dalam beberapa buah permainan dalam acara berkenaan.

Beberapa peminat bertuah mendapat peluang naik ke pentas untuk melakonkan semula babak dalam drama lakonannya dan bermain permainan bersama pelakon itu.

Seorang peminat bertuah turut menerima sebuah topi dengan hasil kreatif lukisan Seon Ho berserta tanda tangan.

Dalam pada itu, aktor berkenaan meluahkan rasa teruja kerana tidak menyangka menerima layanan cukup baik daripada peminat di negara ini.

kim1 - 1

Peminat bertuah menerima topi yang dilukis oleh Seon Ho.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah memberikan sokongan sepanjang kerjayanya sebagai pelakon.

"Saya tidak menyangka sambutan peminat di Malaysia sebegitu hebat... terima kasih kepada anda semua yang sudi hadir pada malam (Jumaat) ini.

"Saya teruja untuk kembali ke Malaysia," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain