LIMA penyanyi pelbagai bangsa dan etnik berganding bahu dengan melancarkan sebuah lagu berjudul Rahsia Petua bersempena dengan bulan kemerdekaan. Lagu yang mencerminkan keindahan budaya dan perpaduan bangsa Malaysia itu menampilkan Kmy Kmo, Luca Sickta, Nicole Lai, Psychomantra dan Benzooloo. Kmy berkata, dia dan Luca menyahut cabaran mencipta lagu bertemakan patriotik selepas menerima tugasan itu daripada syarikat rakaman Univesal Music Malaysia. "Kerjasama ini tercetus apabila Universal Music meminta saya untuk menghasilkan lagu berkonsepkan kenegaraan. Luca dan Kmy sahut seruan bulan kemerdekaan. "Syarikat rakaman juga turut mencadangkan kami bekerjasama dengan Nicole Lai, Psychomantra dan Benzooloo," katanya kepada mStar. Kmy dan Luca berkongsi perkara itu ketika ditemui di Media Gathering lagu Rahsia Petua yang diadakan pada petang Khamis. Dalam pada itu, Luca berkata, tidak mudah menghasilkan Rahsia Petua kerana tidak mahu menggubah lagu bertemakan patriotik yang cliche seperti karya lain. Sementara itu, Nicole Lai dan Psychomantra pula memberitahu ini merupakan lagu pertama yang dinyanyikan oleh mereka di dalam Bahasa Melayu. ARTIKEL BERKAITAN: Berat tuduhan tunggang agama, Naufal Azrin ajak individu tulis komen jahat berjumpa... “Saya tak alim la” ARTIKEL BERKAITAN: Paduan vokal Amy dan Naim Daini curi tumpuan, konsert Fantasia Bulan Salju bukti Search masih berbisa Malah masing-masing juga membawa dengan cara tersendiri tanpa membuang slang mereka. Lebih menarik lagi apabila muzik video lagu ini dirakam secara berasingan yang mana memerlukan empat lokasi berlainan Bangunan Sultan Abdul Samad, Batu Caves dan Thean Hou Temple. Manakala bagi Benzooloo, penyanyi tunggal dari Sabah pula memberitahu rakaman bahagiannya dijalankan di Kundasang dan Kota Belud, Sabah. Bagi Psychomantra pula, dia berdepan dengan gangguan haiwan dan pelancong ketika merakamkan bahagiannya di Batu Caves. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan rakaman tersebut walaupun terganggu. Benzooloo (kanan), Psychomantra, Nicole Lai, Luca dan Kmy. "Saya diganggu monyet semasa di Batu Caves bukan itu sahaja, pelancong juga turut menonton dan tidak mahu berganjak daripada rakaman tersebut. "Nak tak nak terpaksa saya buat sahaja depan mereka," kongsinya. Bukan itu sahaja, rakaman Rahsia Petua dijalankan di beberapa lokasi terpilih seperti di Studio Kota Kinabalu bagi Benzooloo, Studio Mass Music di Petaling Jaya untuk Nicole Lai dan Psychomantra. Kmy Kmo dan Luca Sickta pula merakamkan bahagian mereka di Studio LS and Beats Shah Alam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!