suria

A Aida terkejut Exco Pahang terlibat nahas pesawat, pernah bincang nak pinjam helikopter dua minggu lalu

A. Aida sedih menerima berita kematian Johari.

PENERBIT drama Datuk A. Aida turut terkesan dengan berita kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Pahang, Datuk Seri Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam pada petang Khamis.

A. Aida atau Zaidah Awang, 53, berkata, Allahyarham merupakan seorang kenalan dan mereka pernah berhubung atas urusan kerja sebelum ini.

Malah beritahunya, kali terakhir dia berhubung dengan Johari sekitar dua minggu lalu bagi membincangkan tentang penggambaran filem terbaharu terbitan A Aida Production.

a. aida 2

A. Aida tidak sangka seorang kenalan turut terlibat dalam nahas.

"Saya kenal Allahyarham dan pernah minta bantuannya bagi urusan meminjam helikopter untuk tujuan penggambaran filem terbaru saya.

"Kali terakhir kami berhubung kira-kira dua minggu lalu dan sepatutnya akan berjumpa pada awal September ini.

"Saya juga ada berbincang dengan arwah untuk tampil sebagai tetamu dalam sebuah program televisyen," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: [TERKINI] 10 individu termasuk Adun BN Pelangai maut, pesawat terhempas di Elmina 2 minit sebelum mendarat

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan pertunjukan udara” - Orang pertama hubungi 999 nampak pesawat laju terbang mengiring sebelum terjunam

Dalam pada itu, A. Aida berkata, ketika membaca laporan mengenai insiden itu, dia tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui Johari adalah salah seorang mangsa berada dalam pesawat Beechhcraft Model 390 itu.

"Apabila terima khabar tersebut, saya memang tak dapat menahan air mata. Terkejut sebab arwah turut ada dalam pesawat itu.

Saya terkedu seketika dan kematian arwah satu kejadian yanga amat menyedihkan

DATUK A. AIDA

PENERBIT

"Saya terkedu seketika dan kematian arwah satu kejadian yanga amat menyedihkan," ujarnya.

Pada petang Khamis, negera dikejutkan dengan berita nahas pesawat terhempas di Lebihraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam.

nahas 1

Nahas kapal terbang terhempas mengorbankan 10 nyawa.

Johari disahkan sebagai salah seorang mangsa bersama lapan lain di dalam pesawat berkenaan temasuk dua anak kapal.

Nahas turut mengorbankan seorang penunggang motosikal yang kebetulan melalui tempat kejadian selain seorang lagi pemandu e-hailing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain