PELAKON Anna Jobling memberitahu ada melantik seorang akauntan peribadi bagi menguruskan kewangannya sebagai persediaan di kemudian hari. Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 23, berkata, selain mengaku tidak suka bersikap boros dia juga sedang dalam usaha menunaikan impian membeli sebuah rumah. "Saya seorang yang mementingkan tentang simpanan wang. Saya akan jaga duit saya... Tak suka boros membeli barang. "Saya rasa penting untuk mempunyai penasihat kewangan dan saya juga ada seorang akauntan yang menguruskan semua kewangan saya. Anna tidak suka bersikap boros. "Macam sekarang, saya sedang simpan duit untuk beli rumah," katanya kepada mStar. Anna berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur pada malam Khamis. Dalam pada itu, Anna berkata, bagi memastikan sumber kewangannya terus kukuh, dia juga berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan tidak lama lagi. ARTIKEL BERKAITAN: "Ini pengalaman pertama saya..." - Anna Jobling gigih belajar bahasa Indonesia, tinggal di Bali selama sebulan ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling tak suka dibandingkan dengan aktres lain, tiada kaitan gosip Meerqeen dan Ameera Khan Bagaimanapun, buat masa ini dia mahu memberi fokus dalam bidang lakonan selain meneruskan penggambaran drama di Bali, Indonesia dalam masa terdekat. "Saya ada merancang buat bisnes tidak lama lagi tapi buat masa sekarang saya mahu beri fokus sepenuhnya kepada lakonan. "Sekarang ini pun saya masih lagi berfikir nak buat bisnes apa sebab saya tidak mahu melakukan perniagaan yang ramai sudah lakukan. Saya seorang yang mementingkan simpanan wang. Saya akan menjaga duit saya... tak suka boros membeli barang. ANNA JOBLING PELAKON "Paling penting saya nak buat sesuatu yang saya minat. Kalau bisnes, saya mahu buat dengan ikhlas... Bukan sekadar letak muka dan nama sahaja," ujarnya. Sementara itu, bercakap tentang sambutan hari jadinya, Anna bersyukur akhirnya dapat menunaikan hajat meraikannya di Kuala Lumpur. Sebelum ini, dia turut meraikan hari jadinya lebih awal bersama peminat ketika berada di Ipoh, Perak baru-baru ini. Kejayaan Anna meraih beberapa anugerah. "Jadual saya memang sangat padat sejak dua bulan lalu, namun saya dan pihak pengurusan tetap cuba untuk mendapatkan satu tarikh bagi meraikan majlis ini. "Kalau tahun lalu sambutan hari lahir saya diraikan di Jakarta, Indonesia kerana kebetulan ada tuntutan bekerja di sana, jadi tahun ini memang saya rancang untuk mengadakan majlis di Kuala Lumpur," jelasnya. Majlis yang bertemakan 'The Go Gatsby' itu menjadi lebih istimewa apabila peminat memberi kejutan dengan menghadiahkan kek lapan tingkat buat Anna. Anna sentiasa mendapat sokongan peminatnya. Sebelum itu, peminatnya turut mengambil inisiatif dengan menjalankan kerja-kerja amal bersempena ulang tahun kelahirannya iaitu Anna Jobling Give Back Birthday Charity di pusat perlindungan kucing terbiar dan juga menganjurkan majlis kesyukuran. "Saya sangat bersyukur memiliki peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya dari dulu hingga sekarang. "Saya ingin mengucapkan terima kasih buat kedua ibu bapa saya, pihak pengurusan, rakan media dan juga peminat-peminat yang sentiasa membantu menaikkan kerjaya saya," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!