PENGACARA dan usahawan Neelofa menafikan wajah bayi yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Rabu adalah anak keduanya iaitu Abdullah Abbas. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, meminta orang ramai untuk tidak salah faham dengan menyangka sesi fotografi bersama bayi tersebut adalah anak keduanya itu. "Ini bukan baby Abbas... Jangan salah faham guys," tulisnya ringkas. Neelofa masih belum mendedahkan wajah Abbas. Neelofa berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dibuat di Instastory miliknya pada petang Khamis. Pada Rabu, tular di media sosial apabila ramai menyangka wajah bayi yang jelas kelihatan pada pantulan sebuah cermin sewaktu sesi fotografi adalah Abbas. ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa dan Haris lebih terbuka, tunjuk wajah comel Abdullah Abbas dalam pantulan cermin ARTIKEL BERKAITAN: Abdullah Abbas nama bayi kedua Neelofa dan Haris Aksi bayi berkenaan dipercayai dirakam di sebuah studio bagi produk keluaran terbaharunya Little Nunha. Neelofa sebelum itu turut memuat naik gambar Abbas namun dalam posisi meniarap dan tidak menampakkan wajahnya. Sebelum ini Neelofa mengambil masa selama lapan bulan untuk berkongsi wajah anak pertamanya Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu. Dia dan suaminya Pencetus Ummah (PU) Haris sama-sama setuju untuk tidak memuat naik wajah Bilal kerana bimbang terkena penyakit ain. Malah ketika memuat naik gambar bertiga, dia turut menutup wajah Bilal dengan sticker. Ketika Neelofa mengumumkan melahirkan Abbas, ramai juga sudah membuat jangkaan dia tidak akan berkongsi wajah anaknya itu dalam masa terdekat. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Abbas dilahirkan pada 11 Julai lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!