suria

Mimi Lana muat naik video bersama Syafiq Kyle, peminat yakin masih bersama walau batal nikah

Mimi memuat naik video bersama Syafiq.

DALAM kekecohan pembatalan pernikahan yang dimaklumkan pada 11 Ogos lalu, pelakon Mimi Lana mengejutkan peminat apabila memuat naik video bersama pelakon Syafiq Kyle di Instagram miliknya pada Khamis.

Menerusi video kempen jenama cokelat berkenaan, Mimi atau Mimi Roziana Zainal Abidin, 28, pada awalnya dilihat memarahi aktor tersebut kerana masih lagi belum bersiap untuk keluar bersama.

Namun, kedua-dua mereka kelihatan bertukar mood selepas menikmati coklat bersama.

MIMI2 - 1

Peminat masih mendoakan yang terbaik buat Mimi dan Syafiq.

Malah, Mimi dan Syafiq juga diligat beraksi mesra seperti menari bersama dan aktor berkenaan turut menyuapkannya coklat tersebut.

Bagaimanapun, dipercayai video itu mungkin dirakamkan sebelum mereka membatalkan perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Seminggu lagi nak kahwin, Syafiq Kyle dan Mimi Lana batal nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu minta maaf tak boleh komen, suruh tanya pada Syafiq dan Mimi

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen antaranya menganggap pasangan itu belum memutuskan hubungan mereka.

Ada juga segelintir netizen yang berpendapat pasangan selebriti itu terpaksa menjalani komitmen kerja yang perlu dilaksanakan.

"Batal majlis saja bukan putus tunang. Tidak ada beritahu putus tunang pun.

"Saya rasa mungkin ini kerja kolaborasi dengan coklat tersebut... mesti ada perjanjian. Jadi, apa yang berlaku tetap kena muat naik di Instagram," tulis netizen.

Sebelum ini, pengurus Mimi iaitu Iman Tang memaklumkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan berkenaan disebabkan mereka terikat dengan jadual penggambaran selain Mimi perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.

Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada pagi 18 Ogos ini sementara resepsinya pada sebelah malam berkonsepkan acara dalam taman di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malam.

Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial dan melangsungkan pertunangan pada Januari lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain