PELAKON Remy Ishak meluahkan rasa terkejut atas susulan nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie, dekat Elmina, Shah Alam pada petang Khamis yang turut mengorbankan juruterbang Allahyarham Kapten Shahrul Kamal Roslan. Remy memberitahu dia baru sahaja bertemu dengan Shahrul bersama keluarganya di sebuah restoran pada Selasa lalu. Menerusi Instagram, Remy turut berkongsi foto yang sempat dirakamkan bersama Allahyarham, isterinya dikenali sebagai Shefa. "Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya Shefa di Mozers Shah Alam. Pertemuan itu turut disertai oleh isteri Allahyarham (paling kanan). "Hari ini buka WhatsApp dapat berita sedih ini. Saya bersimpati, semoga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman. Amin," tulisnya. Remy berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada malam Khamis. Pelakon itu turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham dan keluarga atas pemergian Shahrul dalam insiden menyayat hati itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Last sekali dia kata adik sayang mama” - Ibu juruterbang pesawat terhempas terngiang-ngiang perbualan telefon dengan arwah ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mangsa nahas cuba tenangkan diri, sangka baik bukan pesawat dinaiki suami terhempas - “Anak sakit, dia 50-50 nak pergi” Terdahulu, mStar melaporkan selain Shahrul, 42, sembilan individu termasuk seorang pemandu dan penunggang motosikal maut selepas sebuah pesawat terhempas di Elmina. Turut terkorban, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Johari Harun. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) turut mengesahkan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV terhempas pada petang Khamis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!