PENYANYI Ibnor Riza perlu menjalani rawatan alternatif di hospital swasta bagi merawat kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya ketika ini. Ibnor atau Ibnor Riza Ibrahim, 62, berkata, selepas menjalani kimoterapi sebanyak enam kali di hospital kerajaan, ia masih belum mampu mematikan sel kanser dalam tubuhnya. Menurutnya, dia memerlukan kos rawatan sebanyak RM30,000 untuk melakukan dua lagi sesi kimoterapi di salah sebuah pusat perubatan kanser di Petaling Jaya, Selangor. "Sel kanser masih lagi ada dan saya perlu mengambil langkah alternatif dengan membuat dua sesi kimoterapi di hospital swasta yang menelan belanja RM30,000. Ibnor disahkan menghidap kanser limfoma pada Mac lalu. "Jika sel kanser masih tidak dapat dihapuskan maka saya perlu teruskan empat sesi kimoterapi dengan kos RM80,000," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis. Dalam pada itu, Ibnor berkata, jalan terakhir yang perlu dilakukan untuk merawat penyakitnya adalah menerusi pembedahan transplan pemindahan tulang sum sum. "Saya berusaha untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta ini kerana ubat untuk menyembuhkan penyakit saya tidak ada subsidi di hospital kerajaan. ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza anggap hidap kanser sebagai hikmah, kini giat buat solat qada dan sudah mampu hafal surah lazim ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza mohon doa, komplikasi penyakit boleh menyebabkan pengsan, jantung berhenti bila-bila masa "Sepatutnya selepas saya menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali itu sudah nampak perubahan... tetapi rupanya masih sama. "Jalan akhir sekiranya gagal lagi, barulah saya akan menjalani transplan iaitu pemindahan tulang sum sum, itu pun memerlukan kos sehingga RM200,000 di hospital swasta," ujarnya. Saya perlu mengambil langkah alternatif dengan membuat dua sesi kimoterapi di hospital swasta. IBNOR RIZA PENYANYI Sementara itu, Ibnor berkata, beberapa rakan artis turut mengambil inisiatif mengumpul dana menampung kos rawatannya dengan mengadakan Malam Untukmu Ibnor yang akan diadakan di Hotel Grand Barakah Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini. Antara artis yang bakal membuat persembahan pada malam amal itu termasuk penyanyi Datuk Siti Fairuz, Jay jay, Nizam Laksamana, dan Sophia Ibrahim. "Kalau ikutkan saya masih kekurangan lagi RM17,000 untuk membiayai rawatan... disebabkan itu juga satu penganjuran malam amal akan diadakan bagi membantu saya mendapatkan dana. Ibnor masih berusaha merawat penyakit kansernya. "Sudah hampir setahun saya tidak bekerja kerana saya tidak lagi boleh menyanyi dengan baik akibat kesan rawatan yang menganggu suara saya," katanya. Peminat boleh membeli meja dengan harga RM1,300 atau jualan perseorangan berharga RM138 seorang. Pada 19 Februari lalu, Ibnor tiba-tiba diserang pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, tahap kolesterol tinggi, buasir, darah tinggi dan migrain yang teruk. Dia mendapat tahu tentang kanser itu selepas melakukan pemeriksaan doktor susulan mengalami bengkak pada lehernya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!