PENDAKWAH selebriti Da'i Syed sanggup mengorbankan motosikal kesayangannya untuk diberikan kepada pembaca bertuah yang membeli buku hasil tulisannya berjudul 7 Hari Istikharahku. Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalulail, 28, berkata, tidak salah untuk berkongsi motosikal berharga hampir RM20,000 itu kepada peminat yang banyak memberi sokongan terhadap kariernya sebelum ini. "Motosikal itu saya baru beli sekitar bulan puasa lalu. Memang sayang, tapi ada juga terfikir untuk jual semula. Syed kongsi kisah cinta dalam buku tulisannya. "Namun isteri saya katakan lebih baik berikan sebagai hadiah. Apa salahnya saya kongsikan benda yang saya sayang untuk orang telah memberi sokongan selama ini. "Daripada saya jual lebih baik jadikan ia sebagai hadiah. Tetapi nak dapat ada syarat," katanya kepada mStar. Tambah Syed motosikal itu juga telah diubah suai dengan rekaan tersendiri dan menelan belanja lebih kurang RM10,000. ARTIKEL BERKAITAN: Beri bayangan isteri sedang hamil, Da'i Syed belum sedia kongsi berita gembira ARTIKEL BERKAITAN: Hamil 10 minggu, isteri Da'i Syed alami keguguran Motosikal jenis Daytona 350CC itu dijadikan sebagai hadiah utama pemenang cabutan bertuah pembeli buku tulisannya yang akan diumumkan sekitar Oktober nanti. Sementara itu, berkongsi tentang buku tersebut Syed memberitahu dia mula menulis sejak Februari lalu dan kisah yang dipaparkan adalah perkongsian peribadi tentang perkenalan dengan Isteri Hana Ismail. "Buku ini menceritakan tentang pertemuan saya dan isteri. Dalam tempoh singkat kami kenal dan dan berkahwin. Apa salahnya saya kongsikan satu perkara yang saya sayang untuk orang yang telah memberi sokongan selama ini DA'I SYED PENDAKWAH SELEBRITI "Sepanjang tempoh tersebut ada sesi taaruf dan kami lakukan istikharah sebelum berkahwin. Jadi itulah yang ingin disampaikan kepada pembaca," ujarnya. Antara lain buku berkenaan turut menyelitkan laporan mStar yang mula menceritkan perhubungan Syed dan Hana di mana ketika itu belum diketahui ramai. Bagi Syed kisah ini juga menjadi panduan buat pembaca dalam soal mencari jodoh. Laporan mStar antara kandungan buku tulisan Syed. "Semua orang melalui fasa yang sama. Jadi saya harap buku ini juga boleh dijadikan rujukan buat pembaca. "Antara kisah yang saya ceritakan adalah laporan mStar yang menjadikan hubungan kami viral," jelasnya.