SEJAK minggu lalu, hangat diperkatakan kononnya pasangan pelakon Amelia Henderson dan Aedy Ashraf bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Ia susulan penularan sebuah video memaparkan Aedy sedang mengukur baju di salah sebuah butik sehingga ada menyangka pelakon itu menempah pakaian untuk berkahwin. Menjawab gosip tersebut Amelia atau Amelia Thripura Henderson berkata, dia terhibur dengan gelagat peminat yang menyebarkan khabar angin tersebut. Amelia sedang sibuk jalani penggambaran. Kata Amelia, cerita disebarkan tidak benar malah ketika ini dia sedang sibuk menjalani penggambaran dan tiada masa membuat persiapan perkahwinan seperti dicanang. "Saya kadang-kadang rasa terhibur dengan netizen bila saya baca ada yang kata saya bakal berkahwin dengan Aedy. Saya macam... eh aku tengah shooting sekarang. "Saya terkejut masa baca, berita itu pula ibu saya yang bagi. Kemudian saya hantar pada Aedy dan dia pun sama terkejut," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson enggan minta maaf seperti dituntut A. Aida ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aedy Ashraf ke Cannes demi sokong Amelia, sedang bahagia tapi serah soal jodoh pada takdir Amelia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan drama One Million Dollar Voices yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, Amelia, 28, memberitahu dia akan mengumumkan sekiranya ada berita gembira mengenai hubungannya kelak. Amelia berkata dia tidak melenting tentang khabar angin tersebut memandangkan dirinya yang membuka ruang netizen mencetuskan pelbagai spekulasi. Amelia belum bersedia nak kongsi status hubungan bersama Aedy. "Kalau ada apa-apa ingin diumumkan tentang hubungan kami, saya akan umumkan. Bukan netizen yang umumkan. "Saya tidak mahu jawab apa status hubungan kami, kerana ia adalah sangat privasi untuk saya dan Aedy sendiri. Selagi tiada apa yang kami umum, saya sendiri tak tahu macam mana nak jawab. "Saya faham semua orang ingin mengetahui status hubungan kami dan kami sendiri yang membuka ruang kepada netizen kerana muat naik gambar dan video kami di media sosial," luahnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!