suria

Paduan vokal Amy dan Naim Daini curi tumpuan, konsert Fantasia Bulan Salju bukti Search masih berbisa

Search membuktikan kemampuan mereka untuk menghiburkan 4,000 peminat.

KUMPULAN Search tidak perlu melakukan aksi 'luar biasa' bagi membuktikan kemampuan mereka untuk menghiburkan 4,000 peminat di konsert Fantasia Bulan Salju yang diadakan di Arena Of Stars, Genting Highland baru-baru ini.

Energi yang cukup sempurna seperti lagenda rock Rolling Stones dan Pink Floyd berjaya membuatkan kumpulan penyanyi berkenaan menjadi artis tempatan pertama yang mengadakan konsert di puncak Genting Highland itu.

Biar pun bertembung dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu, konsert Fantasia Bulan Salju ini tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat.

search2 - 1

Kemantapan vokal Amy tidak boleh dipertikai.

Persembahan bermula tepat pukul 8.45 malam dengan pembukaan muzik padang pasir yang menggambarkan penggembaraan Search bersama penonton.

Lebih 20 buah lagu dimainkan termasuk Fenomena, Paranoid, Isi Atau Kulit, Cakap Memang Murah dan Pelesit Kota.

Dalam pada itu, Isabella menjadi antara lagu 'wajib' yang harus dipersembahkan kerana lagu ini menjadi judul filem yang turut membariskan Search dan Amy sebagai teraju utama.

ARTIKEL BERKAITAN: Search dan Barbarik kongsi pentas lagi, Konsert Double Trouble 2 kembali 5 Ogos

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang orang salah faham kaitkan tarian gelek seksi, penganjur tukar nama Konsert Goyang Asia Koplo Milenia

Seleksi lagu-lagu slow rock juga turut dipersembahkan termasuk Rozana, Laila Nama Mu Teratas dan Nigina.

Sekali lagi gemaan vokal penonton bersatu dengan vokal penyanyi Amy.

Sementara itu, kemunculan Naimi Daini, 17, turut menjadi tumpuan peminat dengan konsistensinya bersama pukulan dram.

search1 - 1

Fantasia Bulan Salju ini tetap mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Ini merupakan konsert berskala besar kedua buat Naimi selepas persembahan di Nusafest.

Tirai konsert dilabuhkan dengan lagu Pawana yang dipetik daripada album Fenomena sekali gus menjadikan konsert Search Fantasia Bulan Salju antara konsert berprestij di Malaysia.

Sistem bunyi yang cukup mesra telinga berkenaan disemarakkan dengan penataan lampu yang cukup indah bagi melenyapkan rasa lama sepanjang konsert yang berdurasi 180 minit itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain