suria

Dalam diam-diam Yazid Izaham bertunang dengan YouTuber Farisya… “Kami memang rahsiakan hubungan”

Peminat terkejut dengar khabar Yazid dan Isya bertunang.

SEKIAN lama menyepi, nama penyanyi Yazid Izaham menjadi sebutan peminat selepas bergelar tunang kepada YouTuber Farisya Azman.

Menurut Yazid, 25, dia sudah lama mengenali Farisya atau lebih mesra disapa Isya dan bersepakat mengikat tali pertunangan pada Sabtu.

"Kami sebenarnya dah kenal lama... Isya sebenarnya junior saya sewaktu belajar di politeknik tapi kami mula rapat sejak dia berkerja di Kuala Lumpur.

"Dari situ kami berhubung semula... keluar bersama dan menjadi rapat,” katanya kepada mStar.

Yazid 3

Yazid dan Isya sedang bersedia untuk persiapan perkahwinan.

Selesa menjalinkan hubungan persahabatan itu, Yazid mengakui sikap Isya yang menerima dirinya seadanya membuatkan dia terbuka hati untuk meneruskan langkah ke fasa seterusnya.

"Saya memang selesa dengan dia sejak berkawan lagi. Dia pula seorang yang menerima saya seadanya, sentiasa beri sokongan kepada saya," ujarnya.

Menyedari berita mengenai pertunangannya itu mengejutkan ramai pihak, Yazid berkata dia sengaja merahsiakan hubungan mereka itu.

Ini kerana dia perlu menghormati kerjaya tunangnya yang perlu menghasilkan konten bersama rakan YouTuber lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu orang tak pandang pun, kini ramai gadis 'himpit' Yazid Izaham

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tak menggatal” - Fieya Julia komen hubungan dengan Yazid Izaham

"Kawan-kawan ada yang tahu tapi kami memang rahsiakan daripada peminat. Saya sebenarnya tak nak ada kata-kata tidak sedap sebab Isya perlu berkerjasama menghasilkan konten dengan YouTuber lain.

"Saya tak nak timbul fitnah yang akan memburukkan nama Isya, jadi saya pilih diamkan dulu," ujarnya.

Ditanya mengenai gosip hubungannya dengan penyanyi Fieya Julia sebelum ini, Yazid memberitahu ramai salah faham mengenai perkara itu.

Yazid 2

Majlis pertunangan Yazid dan Isya dihadiri rakan dan keluarga terdekat.

Jelas Yazid, hubungannya dengan Fieya hanyalah sekadar teman rapat tanpa sebarang hubungan istimewa.

"Saya rasa itu salah faham, mungkin nampak saya dengan Fieya rapat tapi saya anggap dia sekadar adik sahaja.

"Kami memang berkerjasama dalam lagu mungkin sebab itu timbulnya salah faham... tapi kami memang tiada apa-apa pun," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain