PELAKON Kim Seon Ho mengikut cadangan peminat yang memintanya mengunjungi beberapa lokasi menarik di sekitar ibu negara termasuklah Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC). Menerusi video tular di aplikasi TikTok, Seon Ho dilihat bersiar-siar di sekitar KLCC dan Dataran Merdeka pada Sabtu. Malah, aktor berkenaan juga kelihatan tidak sombong dan menyapa peminat yang menegurnya di kawasan tersebut. Seon Ho sempat merakamkan foto kenangan di Dataran Merdeka. Dalam pada itu, Seon Ho turut dilihat memuat naik beberapa foto di Instagram rasminya yang dikendalikan oleh syarikat pengurusannya iaitu Salt Entertainment. "Mengimbau kenangan manis bersama anda (peminat) semua di Kuala Lumpur. Pelakon kegemaran anda (Seon Ho) sedang berseronok. ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali datang KL... Kim Seon Ho suka makan cendol, katanya cuaca Malaysia lebih baik ARTIKEL BERKAITAN: Kim Seon Ho datang KL! Peminat berpeluang bertemu di acara 'One, Two, Three Smile' 18 Ogos ini "Sama seperti langit yang cerah, saya harap anda meluangkan hari-hari anda dengan baik," tulis mereka. Menerusi acara sesi bertemu peminat 2023 Kim Seon Ho Asia Tour One, Two, Three, Smile yang diadakan di Mega Star Arena, Bukit Bintang pada malam Jumaat, pengacara majlis iaitu Natalie Chai memberikan beberapa pilihan lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur. Antaranya KLCC, Jalan Alor Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan Taman Burung Kuala Lumpur. Seon Ho memilih untuk berkunjung ke Jalan Alor kerana dirinya seorang yang sukakan makanan. Sesi bertemu peminat Seon Ho berlangsung meriah. Pelakon drama Start Up itu juga menyatakan hasrat mahu mengunjungi KLCC dan Taman Burung. Sebelum ini Seon Ho berkata dia mula jatuh cinta dengan Malaysia selepas mencuba beberapa hidangan istimewa di negara ini. Kata Seon Ho, dia paling menggemari cendol dan menyifatkan pencuci mulut itu sedap serta menyegarkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!