suria

“Sekarang maintain saiz S”… Berat badan Aishah turun 52 kilogram selepas 5 tahun buat pembedahan bariatrik

Aishah berkongsi penurunan berat badan selepas melakukan bariatrik.

SELEPAS lebih lima tahun menjalani pembedahan bariatrik, penyanyi Datuk Aishah mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 52 kilogram.

Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata pembedahan bariatrik merupakan salah satu inisiatif yang boleh dilakukan untuk mengelakkan dirinya daripada makan berlebihan.

Penyanyi ini bagaimanapun memberitahu apa yang paling utama adalah mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat.

aishah1 - 1

Aishah berkongsi perjalanan menurunkan berat badan.

"Ramai yang tahu perjalanan bariatrik saya sudah berjalan lebih lima tahun. Alhamdulillah saya berjaya mengurangkan berat badan sehingga 50-52 kilogram.

"Pengecilan perut sebagai satu cara untuk menyekat kita daripada terlebih makan... tetapi pada akhirnya anda perlu menukar gaya hidup dan cara pemakanan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah dah boleh sarung saiz S, baju lama sedekah kepada golongan memerlukan

ARTIKEL BERKAITAN: Aishah enjoy hidup 'single', tidak terfikir fasal teman hidup... Seronok shopping baju tak payah risau saiz

Aishah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam perkongsian itu juga, Aishah turut memuat naik foto perbezaan dirinya dulu dan sekarang yang dilihat jauh lebih kurus.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu turut menasihatkan orang ramai tentang kepentingan menjaga kesihatan daripada aspek penjagaan makanan dan melakukan aktiviti fizikal.

Jelas Aishah, sehingga kini dia masih mengekalkan pakaian bersaiz S.

"Kesihatan itu satu rezeki yang sangat berharga, jadi jangan ambil ringan perkara ini.

"Alhamdulillah dengan pemakanan sederhana (makan semua tetapi sekadar untuk merasa) dan melakukan sedikit senaman... tak kiralah janji berpeluh setiap hari, sekarang maintain saiz S," ujarnya.

aishah12 - 1

Aishah kini menjalani gaya hidup lebih sihat.

Pada Mac lalu, Aishah teruja berkongsi cerita tentang impiannya yang sudah tertunai kerana akhirnya dapat bergaya dengan pelbagai jenis baju terutama baju kebaya.

Kata Aishah, pada awalnya dia seakan tidak percaya tentang perubahan itu sehingga ke gedung pakaian untuk mencuba saiz lebih kecil.

Untuk rekod, Aishah pernah menjalani pembedahan pintasan usus atau bariatrik pada 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain