suria

Tolak tawaran sertai Gegar Vaganza, Lah Ahmad kata ada artis lain lebih layak… “Terima kasih sudi panggil”

PENYANYI Lah Ahmad memberitahu sudah beberapa kali menolak tawaran menyertai pertandingan Gegar Vaganza (GV).

Lah atau Abdullah bin Ahmad, 43, berpendapat ada penyanyi senior lain yang lebih layak dan hebat berbanding dirinya.

“Terima kasih GV sudi nak panggil saya, tapi saya rasa saya tak cukup layak masih ramai lagi yang hebat.

“Saya rasa dalam drama One Million Dollar Voice saya dapat beri lebih berbanding GV, dalam drama ni saya dapat menyanyi dan berlakon yang buat saya lebih puas hati.

“Itu sebabnya saya nak cuba sebab saya suka benda baharu,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Lah menerima tawaran untuk membintangi drama One Million Dollar Voice.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi