suria

Sedih bayi kembar hilang dalam kandungan, isteri Azlan Komeng tak buka aib suami cuma pertahan diri

ISTERI kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz meluahkan rasa sedih apabila bayi dalam kandungannya yang sepatutnya dilahirkan bulan depan tiba-tiba hilang didakwa angkara perbuatan khianat manusia.

Kata Nilam, 45, sejak mendirikan rumah tangga dengan suami, pelbagai dugaan dilalui oleh mereka disebabkan pihak ketiga dan sudah lama dia memendam rasa.

“Saya sepatutnya melahirkan anak-anak saya pada bulan September ini tapi saya dan suami sekarang dalam keadaan berharap tapi masa sama kami reda.

“Bukan keguguran tetapi hilang... perkara ini disebabkan sihir pihak sana yang mahukan suami saya tapi tak dapat (anak).

“Terlalu banyak perkara berlaku dalam tempoh dua tahun perkahwinan kami yang saya pendam, saya cuba sabar sebenarnya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 22 Januari tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Nilam dan suami sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada Mei lalu berkenaan diganggu pihak ketiga dan kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi