suria

Wajah mirip Amy Search, suara pun hampir sama… Lelaki Indonesia ini tenang netizen hina siap gelar ‘copy ori’

BARU-BARU ini tular video dan foto seorang lelaki dari Indonesia bernama Sakabani Ahadiah yang dikatakan wajahnya iras penyanyi Amy Search.

Gara-gara wajah hampir sama, ada netizen kurang senang dan menyelar Sakabani kononnya telah menjatuhkan imej idola mereka itu.

Menjawab mengenai kecaman itu, Sakabani, 42, berkata dia tidak ambil peduli dengan komen negatif berkenaan kerana baginya itu adalah lumrah media sosial.

Malah, dia mengakui tiada niat mahu merosakkan imej penyanyi itu sebaliknya memberitahu dia juga salah seorang peminat tegar kumpulan Search.

“Wajah saya ada mirip seperti penyanyi Amy tapi cuma 20 peratus saja walaupun ramai yang kata sama tapi bagi saya tidak, kalau di Bali dulu pernah ada pelancong dari Jepun kata saya ni Amy Search.

“Selain pujian ada juga yang memberikan kecaman pada saya dan ada yang kata copy ori atau Amy Shopee tapi itu saya tak marah cuma yang kesal apabila ada peminat menyerang Amy serang saya.

“Peminat Amy kata saya perosak imej penyanyi kesayangan mereka, sedangkan ini wajah saya yang sebenar dan tidak membuat pembedahan malah saya juga peminat tegar kumpulan itu, jadi tak salah rasanya,” kata Saka kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi