suria

Abang Tesla punya hal, penyanyi cover ‘Kau Tigakan Cintaku’ pula tambah follower… “Sedih tengok pasangan ditinggalkan”

PENYANYI Indonesia Aulia Rahman tidak menyangka apabila lagu cover nyanyiannya berjudul Kau Tigakan Cintaku menjadi tular di media sosial setelah kisah perkahwinan kedua Tiktoker Abang Tesla hangat diperkatakan.

Aulia atau nama sebenarnya Muhammad Aulia Rahman, 22, berkata bilangan pengikutnya di media sosial juga bertambah dan terkejut apabila melihat sambutan luar biasa khususnya peminat di Malaysia.

“Tak sangka pula lagu ini boleh tular sebab mulanya saya ingatkan lagu cover Bukan Cinta Biasa lebih dapat sambutan tetapi secara tiba-tiba lagu Kau Tigakan Cintaku pula yang melonjak naik jumlah tontonannya.

“Aneh juga sebab saya ingatkan biasa saja tapi naik mendadak pula jumlah tontonannya, saya lihat di TikTok ramai orang buat video menggunakan lagu nyanyian saya.

“Saya tak tahu sangat mengenai kes Abang Tesla itu tapi ramai juga yang mesej dan komen di media sosial saya dan secara tidak langsung jumlah pengikut juga bertambah terutamanya dari Malaysia,” kata Aulia kepada mStar.

Lagu Kau Tigakan Cintaku dendangan asal Elkasih yang dinyanyikan semula oleh Aulia menerima hampir 2 juta tontonan di saluran YouTube Aulia Rahman.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi