suria

Saksi depan mata hujan ribut di Makkah, Erul Samah sedang solat takut dengar dentuman kuat

PENYANYI Erul Samah mengakui ketakutan apabila menyaksikan bencana alam hujan lebat dan ribut petir yang melanda Kota Suci Makkah baru-baru ini.

Kata Erul atau Khairul Najmuddin Abu Samah, 32, ketika kejadian dia sedang menunaikan solat serta mengaji dan tidak menyangka di luar masjid sedang berlakunya hujan kilat yang dahsyat.

“Saya sempat tengok di hadapan Kaabah hujan sangat lebat dan angin sangat kuat, orang ramai sibuk pegang telefon bimbit untuk rekod.

“Waktu kejadian saya tengah sembahyang dan mengaji, jadi terkejut juga terdengar bunyi dentuman sehingga berasa takut.

“Ini satu bencana alam yang luar biasa, tak pernah terjadi dalam hidup saya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, kejadian ribut petir itu berlaku pada malam Selasa, 22 Ogos lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi