suria

Emosi Iddin Syah terganggu, terkejut Cheta Potpet saman RM16 juta… “Biar mahkamah tentukan”

USAHAWAN dan selebriti media sosial iaitu Iddin Syah mengakui terkejut apabila disaman oleh Cheta Potpet dengan jumlah tuntutan sebanyak RM16 juta kerana didakwa menyebarkan fitnah di media sosial.

Enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi berkenaan, Iddin atau Muhammad Iddin Syah Mohd Fauzi, 28, berkata dia menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran.

“RM16 juta ya... bagi saya semua orang pun boleh saja letakkan jumlah sebanyak itu tapi semuanya ditentukan oleh mahkamah.

“Saya tak berani nak ulas atau kata apa-apa kerana takut menggangu proses mahkamah dan saya percaya dengan kebenaran Allah.

“RM16 juta tu memang saya gelak sebab perkara tu macam tak logik pula sebab ada kes menteri kena saman pun baru RM7 juta.

“Saya kongsikan perkara ini kepada peguam dan dia pun macam terkejut sebab sepanjang jadi peguam tak pernah lagi terima saman banyak macam tu,” kata Iddin kepada mStar.

Sebelum ini, Iddin mendakwa dirinya diperdaya oleh rakan niaga yang juga seorang penyanyi iaitu Cheta Potpet sebanyak RM150,000.

Iddin turut mendakwa individu terbabit gagal membuat bayaran semula jumlah yang telah dijanjikan bagi tujuan pembayaran sebuah perkhidmatan, selain telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi