suria

“Saya kaya, muda, tak nak mati cepat”… Aliff Syukri masuk gim, niat lawan badan sado Norman Hakim

AKTIF bersenam di gimnasium, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri berkata tujuannya berkongsi aktiviti sihat itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata ia adalah sebagai salah satu alternatif untuk dia kekal sihat dan bertenaga walau usia hampir mencecah 40 tahun.

“Saya buat badan ni bukan nak sado atau nak tunjuk hebat.

“Tapi saya buat badan ni sebab bila umur dah nak meningkat 40 tahun, saya rasa sudah semakin tua dengan rambut pun dah beruban.

“Saya amalkan bersenam cara sihat... saya masih muda, kaya, tak nak mati cepat,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini sempat berseloroh mahu mendapatkan tubuh sasa mengalahkan pelakon Norman Hakim.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi