suria

[V] Baiknya Aeril Zafrel, menang anugerah TikTok terus rancang bawa staf bercuti ke Korea Selatan

BERJAYA dalam perniagaan dan aktif membuat kandungan media sosial, pelakon Aeril Zafrel bagaimanapun memberitahu tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kerjaya lakonan.

Kata Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 35, perasaan rindu untuk ke set penggambaran tetap menebal dan dia masih menerima tawaran berlakon.

"Tahun ini memang saya belum berlakon lagi. Minat dan rindu masih ada, namun saya perlu fikirkan komitmen terhadap perniagaan.

aeril1 - 1

Barisan pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023.

"Saya tidak akan bersara dalam dunia lakonan kerana ini adalah mula nama dikenali. Kejayaan dalam bidang perniagaan sekarang ini adalah disebabkan nama sebagai artis.

"Walau berjaya dalam perniagaan dan saya sudah berada pada tahap berbeza, namun lakonan akan tetap diteruskan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Taja Big Stage 5 tiada faedah, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel diminta bantu orang miskin - "Kalau post orang kata menunjuk"

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming tepati ramalan, bawa pulang trofi 'Creator of the Year' Anugerah TikTok Malaysia 2023

Aeril ditemui ketika majlis Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Pada acara tersebut Aeril membawa pulang trofi Celebrity of the Year yang dipilih berdasarkan undian peminat.

Bercakap lanjut tentang dunia lakonan, Aeril memberitahu dia lebih memilih dalam menerima tawaran kerana perlu mengutamakan komitmen terhadap perniagaan.

"Kalau terima tawaran berlakon, saya perlu fikir untuk tinggalkan dunia perniagaan buat seketika. Jadi perlu ada masa seseuai.

"Saya juga lebih melihat kepada karya dan dengan siapa saya bekerja. Sekarang ini rasanya perlu rasa selesa untuk bekerja dengan orang sekeliling," ujarnya.

Mengulas tentang kemenangan pada acara tersebut, Aeril juga tidak menyangka namanya menjadi pilihan pengikut di media sosial untuk menerima anugerah berkenaan.

aeril2 - 1

Aeril dan Wawa Zainal (isteri) sentiasa menghargai pekerja mereka.

Sebagai penghargaan dia merancang membawa seramai 40 kakitangan syarikat untuk pergi bercuti ke Korea Selatan.

"Tak sangka boleh menang kategori ini. Mungkin saya antara selebriti yang aktif membuat kandungan di TikTok sehingga dipilih untuk kategori ini.

"Selepas kemenangan ini saya nak bawa kakitangan pergi bercuti. Korea Selatan antara destinasi pilihan ramai dan ada dalam kalangan kakitangan belum pernah ke sana," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain