suria

“Pandai betul korang edit ya” - Shuib bengang ‘scammer’ terus menipu, nama arwah Siti Sarah pun terpalit

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib meluahkan rasa kesal apabila mengetahui ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan foto serta namanya tanpa kebenaran bagi tujuan mempromosikan produk.

Lebih membuatkan dia kecewa apabila foto arwah isterinya iaitu Siti Sarah turut digunakan oleh pihak berkenaan.

“Bukan saja gunakan muka atau nama saya dan muka arwah isteri (Sarah)... malah ramai golongan selebriti yang terkena macam ini.

“Ia satu tindakan tidak bertanggungjawab dan mereka ni gunakan untuk promosi tanpa izin kemudian bila semua sudah percaya, mereka terus hilang,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 39, turut meminta supaya orang ramai lebih berhati-hati dan tidak tertipu dengan membeli produk berkenaan.

“Saya dah nampak perkara ini sudah lama dan berkali-kali utarakan isu ini tapi masih terjadi cuma apa yang boleh saya katakan kepada semua jangan percaya dengan segala iklan yang dikeluarkan itu kalau boleh selidik dahulu.

“Cuba periksa dekat media sosial artis tersebut sekiranya tiada sebarang promosi seperti dinyatakan maka ia ada scammer, jadi fikir dulu sebelum terkena okay, kepada individu berkenaan hentikan guna nama dan wajah orang sesuka hati sebab di dunia muka terlepas tapi akhirat tanggung la sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi