suria

Kumpulan berpecah tapi guna nama sama, Naqiu kata benda remeh tak perlu sampai nak gaduh

PENYANYI Naqiu menasihatkan mana-mana kumpulan atau band yang telah berpecah supaya tidak bertelagah mengenai penggunakan nama yang sama.

Kata Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 37, isu ini hanyalah perkara yang remeh dan tidak sepatutnya berlaku.

Sebaliknya Naqiu menasihati supaya mereka percaya pada rezeki dan terus menghasilkan karya berkualiti untuk kekal relevan dalam industri muzik tanah air.

“Kalau nak berkarya tu berkarya sahajalah, tak kira guna nama apa pun boleh je berkarya.

“Kalau rezeki anda dengan karya itu mungkin nama baharu itu akan lebih terkenal dari sebelumnya.

“Benda remeh temeh ni tak perlulah sampai nak bergaduh sebab industri kita kecil dan akan saling berjumpa juga dan tak guna nak bermusuh dalam industri,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Naqiu merupakan salah seorang daripada 15 peserta All Stars Gegar Vaganza dan penyanyi itu merasakan Hady Mirza dan Jaclyn Victor sebagai saingan tersengit buat dirinya.

“Yang akan memeningkan kepala saya dan merisaukan saya adalah Hady Mirza sebab saya da tengok dia selama 11 minggu sewaktu Gegar Vaganza musim keenam.

“Dan sudah tentu Jaclyn Victor juga salah satu saingan terkuat,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi