suria

Lama pendam perasaan, Angah Projector Band ‘meletup’ bengang komposer terkenal masih cakap belakang

GITARIS kumpulan Projector Band iaitu Angah meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui namanya masih diburukkan oleh seorang komposer terkenal.

Mengulas mengenai perkara itu, Angah atau nama sebenarnya Razif Zainudin, 31, mendakwa isu ini timbul selepas berlaku salah faham antara mereka pada tahun 2016 sehingga membuatkan hubungan itu dingin sehingga kini.

“Sebenarnya isu ini sudah lama sejak tahun 2016, dia pun tua jadi tak mahu la isu ini jadi panas... setiap kali ada artis baharu (muncul) pasti dia akan brainwash dengan cerita buruk pasal saya.

“Setiap kali jumpa orang baharu pasti mereka akan ada tanya tentang perkara... saya sedih sebab dia sudah ada semua dan saya pula baru berkarya.

“Masing-masing cari rezeki dalam industri, kalau berterusan cakap macam ini sampai bila nak selesai?” kata Angah kepada mStar.

Angah bagaimanapun enggan mendedahkan nama komposer lelaki berkenaan, namun memberitahu individu itu sangat berpengaruh dan telah menghasilkan banyak lagu hit.

Dalam pada itu, Angah memberitahu cubaan untuk menjernihkan hubungan dengan individu berkenaan gagal kerana tidak mendapat kerjasama yang baik.

“Saya sayang dia sebenarnya dan pernah beberapa kali mesej untuk minta maaf tapi tiada kerjasama yang baik, saya dah jalankan tanggungjawab sebagai manusia untuk minta maaf,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi