suria

‘Gadis Malaysia’ buat peminat Indonesia marah, Charly Van Houten anggap hanya isu cemburu

VOKALIS kumpulan Setia Band iaitu Charly Van Houten dituduh bersikap berat sebelah terhadap peminat di Indonesia susulan dilihat kerap datang ke Malaysia bagi menghiburkan peminat.

Sedar tentang perkara itu, Charly atau Muhammad Charly Van Houten, 44, bagaimanapun menjelaskan keadaan itu berlaku mungkin disebabkan perasaan cemburu apatah lagi mereka melancarkan lagu berjudul Gadis Malaysia khas buat peminat di negara ini.

"Hakikatnya setiap kali kami hadir ke negara ini mengadakan konsert ramai peminat di Malaysia menunjukkan sokongan dan sepatutnya masyarakat di Indonesia sokong dan gembira kerana ia bukti muzik itu universal.

"Dalam soal ini pasti ada yang suka dan sebaliknya tapi kami berserah sahaja sebab itu bukan bererti mereka membenci Malaysia.

"Mungkin hanya cemburu sebab tidak sempat berjumpa dengan kami ketika di Indonesia," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Charly berkata, dia tidak melihat isu itu sebagai perkara kecil memandangkan Malaysia dan Indonesia adalah serumpun.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi