suria

Tiada ‘job’ selepas juarai GV6, Hady Mirza syukur wang kemenangan dapat bantu keluarga

KURANG tawaran nyanyian di Malaysia selepas menjuarai Gegar Vaganza (GV) musim keenam, penyanyi Hady Mirza reda apabila kemenangannya itu disusuli oleh ujian wabak Covid-19.

Hady atau Muhammad Mirzahady Amir, 43, bagaimanapun bersyukur kerana duit kemenangan itu sedikit sebanyak dapat membantu keluarganya sepanjang tempoh pandemik itu.

“Waktu tu baru sahaja dinobatkan juara bersama dalam GV6, Alhamdulillah rezeki.

“Kebetulan pula selepas itu terjadinya pandemik.

“Alhamdulillah rezeki kemenangan itu saya mampu untuk bertahan dan dapat bantu keluarga besar saya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Hady bakal bersaing dengan 14 lagi peserta bagi merebut gelaran juara All Stars Gegar Vaganza yang bakal bermula pada 24 September 2023.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi