suria

[V] Tak jumpa sejak Februari, bekas madu Miera Liyana akhirnya dapat peluk anak di mahkamah... “Saya okay kalau mereka pilih bapanya”

BEKAS madu pelakon Miera Liyana tidak berkecil hati jika dua anak perempuannya memilih untuk tinggal bersama bapa mereka iaitu Rosland Othman.

Adibah Othman, 50, berkata, sebagai ibu dia tidak mahu emosi dua anak kesayangannya itu terganggu disebabkan masalah yang berlaku dan berharap kebajikan mereka terbela dengan baik.

"Walaupun sebagai ibu memang nak anak pilih kita, saya rasa emosi anak pun kena ambil kira.

"Saya okay kalau mereka pilih bapanya," katanya kepada mStar.

553

Adibah dan Rosland bercerai pada 3 Ogos lalu.

Adibah memberitahu perkara itu ketika hadir bagi perbicaraan hadanah penuh terhadap dua anak perempuan mereka iaitu Nur Anisa, 12 dan Nurin Tasnim yang kini berusia 11 tahun di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.

Pada perbicaraan itu, Hakim Shamsuddin Hussain memanggil Anisa dan Nurin bagi memberi keterangan mengenai pilihan sama ada mahu tinggal bersama bapa atau ibu mereka.

Anak ketiga pasangan itu, Nur Liyana, 18, turut dipanggil memberi keterangan pada prosiding tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak tahu apa dia nak” - Suami Miera Liyana teruskan tuntutan nusyuz, bekas isteri pertama sedia bela diri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perkahwinan 28 tahun berakhir, suami Miera Liyana ceraikan isteri pertama

Bagaimanapun perbicaraan itu dilakukan secara tertutup dan mahkamah menetapkan 2 Oktober untuk keputusan.

Sementara itu, Adibah turut meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Anisa selepas kanak-kanak itu berada di bawah jagaan Rosland sejak Februari lalu.

Memeluk erat Anisa ketika mereka bertemu, Adibah sempat menenangkan anaknya itu yang menangis disebabkan rasa gementar dan keliru sebelum prosiding bermula.

Anisa masih kecil jadi mungkin dia keliru tapi kami tenangkan dia dengan memberitahu walau apa terjadi, kita masih sebuah keluarga," katanya.

2231942

Rosland kini bahagia disamping Miera.

Sementara itu, Rosland yang hadir bersama ibu mentua bagaimanapun tetap dengan pendirian enggan mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu rumah tangganya.

Pada 3 Ogos lalu, pasangan ini sah bercerai talak satu selepas mendirikan rumah tangga selama 28 tahun.

Selain Liyana, Anisa dan Nurin, pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Nur Izzah, 26 dan Nur Iffah, 24 tahun.

Rosland berkahwin dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan pada Mei 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain