suria

Dilabel penghasut dan sosial, Natasha Elyzza jawab tuduhan jadi punca Emma Maembong lepas tudung

Natasha nafi dirinya menjadi punca Emma membuka tudung.

PELAKON Natasha Elyzza tidak menyangka ada segelintir netizen tergamak menuduhnya sebagai punca aktres Emma Maembong membuka tudung sejak empat tahun lalu.

Natasha atau Natasha Elyzza Rohishim, 29, berkata, keputusan dibuat rakan baiknya itu tiada kena mengena dengan dirinya selain menasihatkan agar netizen tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengundang fitnah.

"Saya tidak tipu, sedih sebenarnya baca komen netizen ini. Tak sangka orang boleh anggap kita sampai macam itu.

emma1 - 1

Natasha menyifatkan tuduhan terhadapnya sebagai fitnah.

"Kalau tak tahu cerita yang betul tolong jangan buat andaian sendiri... Jatuh fitnah namanya," katanya.

Natasha berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Dalam tempoh bertudung saya cuba bulatkan hati" - Emma Maembong akhirnya buka tudung

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Maembong 'diserang' kongsi foto buka tudung, rela jual nasi lemak jika tiada rezeki bidang seni

Komen negatif itu ditinggalkan seorang pengikutnya menerusi foto yang dimuat naik di Instagram bersama Emma ketika menghadiri Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berlangsung baru-baru ini.

Dakwa individu itu, dia tidak menyukai Natasha menuduh aktres itu menghasut Emma untuk menanggalkan hijab yang dipakai.

"Saya tak berkenan dengan pelakon sebelah Emma itu (merujuk kepada Natasha)... Rasanya dia kuat hasut kot.

emma2 - 1

Natasha dilabel sebagai seorang penghasut dan sosial.

"Dia kawan dengan Fathia Latif. Korang jangan kawan dengan dia, habis dihasutnya suruh buku tudung dan bersosial. Maaf komen macam ini, atas dasar pendapat saya sahaja," tulisnya.

Pada Februari 2019, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 31, mengambil keputusan menanggalkan hijab yang dipakai selepas lima tahun menutup aurat.

Kata Emma, keputusan itu dibuat atas kehendak diri sendiri dan bersedia menerima sebarang kecaman orang ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain