suria

Bekas tunang kembali kepada kekasih lama, Talha Harith terpaksa tanggung rugi tak jadi kahwin… “Dia tiba-tiba berubah minta putus”

Tunang Talha minta untuk memutuskan hubungan.

PELAKON Talha Harith berdepan kerugian selepas tunangnya mengambil keputusan memutuskan hubungan dan memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain.

Terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas tunangnya itu, Talha atau Talha Amir Harith, 34, bagaimanapun berubah fikiran selepas memikirkan kesan yang bakal diterima keluarga wanita itu.

"Saya ada terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan ganti rugi segala persiapan hantaran dan majlis kahwin.

"Bukan sikit hantaran yang saya sudah sediakan. Lima jenis barang kemas termasuk cincin, rantai, gelang tangan dan anting-anting.

Talha sudah membuat persiapan perkahwinan.

"Tetapi saya tidak sekejam itu untuk menyaman keluarga mereka. Saya rasa kalau saya ambil tindakan, saya pun dah jadi kejam seperti mereka," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Talha memuat naik hantaran di Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa apabila tunangnya dikenali sebagai Nur Diyana bernikah dengan lelaki lain.

Kata Talha, dia pernah menegur lelaki yang dipercayai menjadi perosak hubungan mereka, namun teguran yang diberi tidak diendahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunang dirampas penyondol, status Talha Harith tak jadi kahwin cetus tanda tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Talha Harith dihempuk dengan beg tangan, penonton emosi gara-gara watak dalam drama

Lebih membuatkan dia kesal apabila ibu kepada bekas tunangnya itu tidak mengetahui perkara tersebut dan menangis apabila anaknya berkahwin dengan lelaki lain.

Meskipun sudah tiada sebarang ikatan, Talha berkata dia sama sekali tidak akan memutuskan hubungan dengan keluarga bekas tunangnya itu.

"Semestinya saya akan meneruskan silaturahim yang baik dengan keluarganya. Untuk memutuskan hubungan itu bagi saya adalah mustahil.

Bukan sikit hantaran yang saya sudah sediakan. Lima jenis barang kemas termasuk cincin, rantai, gelang tangan dan anting-anting.

TALHA HARITH

PELAKON

"Sebelum mengetahui bekas tunang berkahwin dengan lelaki lain, saya sendiri yang menghantar ibunya ke klinik untuk mendapatkan rawatan semput tetapi buat masa sekarang berilah saya waktu untuk bertenang dahulu," ujarnya.

Berkongsi mengenai awal perhubungannya dengan Diyana, Talha berkata wanita itu pernah bertunang dengan lelaki berkenaan sebelum ini.

Talha mendakwa lelaki berkenaan meninggalkan Diyana dengan alasan hubungan mereka tidak direstui keluarga dan mahu berkahwin dengan wanita lain.

talha 22 - 1

Talha mohon diberikan masa untuk menenangkan diri.

Selepas mengikat tali pertunangan dengan Talha pada Ogos tahun lalu, Diyana tiba-tiba berubah hati dan kembali memilih lelaki berkenaan untuk dijadikan suami.

"Sebenarnya lelaki ini adalah bekas tunang Diyana. Mereka sempat bertunang sebulan sahaja, selepas itu mereka putus.

"Lelaki itu kemudiannya berkahwin dengan wanita lain. Mereka berkahwin selama lebih kurang tujuh tahun dan bercerai pada Disember tahun lalu.

"Sejak itu tunang saya berubah 180 darjah. Kami tidak bergaduh tetapi tiba-tiba dia minta putus pada Mei lalu," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain