suria

Tunang dirampas penyondol, status Talha Harith tak jadi kahwin cetus tanda tanya

Talha mendakwa tunangnya berkahwin dengan lelaki lain.

HASRAT pelakon Talha Harith ingin mendirikan rumah tangga dengan tunangnya tidak kesampaian apabila dia mendakwa wanita itu sudah bernikah dengan lelaki lain.

Kecewa dengan apa yang berlaku, Talha atau Talha Amir Harith, 34, berkata segala persiapan untuk hari bahagia itu sudah dibuat namun bekas tunangnya itu memilih untuk berkahwin dengan lelaki lain.

Kata Talha lagi, sebelum ini dia pernah menegur lelaki yang dipercayai menjadi perosak hubungan mereka, namun teguran yang diberi tidak diendahkan.

"Hantaran dah beli, dewan dan tempah... hujung-hujung nikah dengan penyondol yang aku dah pernah sound.

3

Perkongsian Talha di Instagram miliknya.

"Penyondol itu pula bila tunang orang dah tegur patutnya tone down sikit... ini tidak, wah berlagak ya sebab kita cakap elok-elok tak nak gaduh.

"Ajak jumpa tak nak, takut. Tak mengapa kifarah akan mengiringi mereka," katanya.

Talha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Talha Harith dihempuk dengan beg tangan, penonton emosi gara-gara watak dalam drama

ARTIKEL BERKAITAN: Talha Harith Dalami Islam Selepas Terkena Ilmu Hitam

Dalam pada itu, Talha memberitahu ibu kepada bekas tunangnya juga terkejut apabila mendapat tahu anaknya memilih lelaki lain untuk dijadikan suami.

Malah wanita itu menangis selepas dimaklumkan oleh anaknya mengenai perkara itu.

"Mak dia (tunang) tanya 'kau nak nikah dengan siapa'? Dengan Talha ke... dia jawab taklah dengan (penyondol). Mak dia terus tergamam dan terdiam.

"Saya dapat rasakan seperti ada yang tidak kena... dua hari saya lakukan solat istikharah dan hari ketiga mak dia telefon menangis dan bercerita.

4

Talha mendakwa ibu kepada tunangnya turut terkejut dengan berita ini.

"Patutlah mak dia ada cakap kalau Talha tak jadi kahwin dengan anak makcik, Talha sudi tak jadi anak angkat makcik," ujarnya.

Dalam pada itu, Talha memberitahu keluarga bekas tunangnya juga tidak gembira dengan keputusan wanita itu ingin berkahwin dengan lelaki berkenaan.

"Mak dia tak sampai hati nak terus lihat saya ditipu... katanya lagi maknya tidak gembira walaupun ramai sanak saudara hadir ke majlis pernikahan itu.

"Malah ramai saudara turut terkejut dan bertanya sama ada saya tahu atau tidak tentang pernikahan itu... entahlah mak dia ada kirim gambar, saya tengok dia happy saja.

talha2 - 1

Talha kecewa dikhianati tunang sendiri.

"Dan paling saya tersentuh mak dia kata baju nikah itu sudah ditempah lama untuk saya pakai tetapi hari itu dia (tunang) pakai dengan penyondol," katanya.

Sementara itu, menjengah ruangan komen rata-rata peminat dan rakan artis turut bersimpati dengan perkara yang berlaku itu.

"Seriuslah Talha?" komen Uqasha Senrose.

Untuk rekod, Talha pernah membintangi beberapa drama popular termasuk Teduhan Kasih, Andainya Takdir, Setelah Terlafaznya Akad 2, Juvana dan Tanah Kubur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain