suria

[V] Damian Mikhail tak setuju bekas juara GV bertanding lagi, artis perlu peka nilai diri dalam industri

Damian terbuka memberikan pandangannya terhadap program realiti.

BEKAS anggota kumpulan VE Damian Mikhail tidak bersetuju program Gegar Vaganza edisi All Stars yang bakal bersiaran pada 24 September ini diadakan.

Damian, 45, berpendapat program yang menampilkan 10 bekas juara menerusi sembilan musim terdahulu tidak mempunyai objektif selain mengulang konsep pertandingan serupa.

"Apabila sudah jadi juara itu merupakan satu benchmark untuk artis menjadi lebih baik... Tapi kalau dah jadi juara dan kena bertanding semula, kita tak boleh berkembang.

"Saya tak setuju apabila dah jadi juara kena masuk semula bertanding.

damian1 - 1

Damian teguh dengan pendapatnya sendiri.

"Tapi saya pun faham mungkin ramai yang memerlukan peluang pekerjaan," katanya ketika ditemui mStar pada Jumaat.

Damian berkata sebagai seorang artis yang pernah memegang gelaran juara mereka seharusnya bijak menilai bakat dan kemampuan diri sendiri.

Katanya, seorang penyanyi itu sepatutnya perlu menerbitkan lagu atau album baharu untuk kekal relevan dan bukannya menyertai program nyanyian.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Damian Mikhail lantang bersuara beri kritikan, V.E. pilih tinggalkan perdebatan sia-sia

ARTIKEL BERKAITAN: Lah Ahmad hormat kelantangan Damian Mikhail kritik V.E. tapi jangan sampai hentam!

"Sebagai artis perlu peka dengan nilai kita dalam industri... bagaimana kita mahu tingkatkan nilai kita.

"Pada pendapat saya, cara paling baik adalah mengeluarkan album atau lagu sendiri.

Saya tidak bersetuju apabila dah jadi juara, kena masuk semula untuk bertanding.

DAMIAN MIKHAIL

PENYANYI

"Selagi kita tidak mengeluarkan lagu dan album sendiri dan hanya mengharapkan program realiti semata-mata, berapa banyak rancangan yang kita nak masuk untuk capai kemuncak karier nyanyian kita?," soalnya.

Dalam perkembangan sama, Damian sebagai penggiat seni berkata dia menghargai usaha pihak produksi kerana menerbitkan rancangan hiburan bagi membantu golongan artis.

Bagaimanapun dia mencadangkan agar program-program yang diterbitkan dapat memberi perkembangan positif bagi industri hiburan tempatan.

damian3 - 1

Barisan peserta All Stars Gegar Vaganza.

"Saya menghargai pihak produksi yang menganjurkan program-program seperti ini tetapi pada masa yang sama saya juga seorang anak seni... saya hanya menyuarakan pandangan peribadi.

"Kita mahukan industri muzik ini berkembang... bila kita sudah membuat satu kejayaan ia tidak perlu dibuat secara berulang kerana akan mendatangkan rasa bosan dalam kalangan penonton.

"Saya rasa lebih baik kita wujudkan satu program yang membina... Saya tidak mahu mengkritik mana-mana pihak cuma saya menyeru kepada pihak penerbit untuk menerbitkan sebuah program lebih progresif untuk membantu anak seni," katanya.

damian2 - 1

Kenyataan Damian di Facebook miliknya.

Terdahulu, Damian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya mempersoalkan penyertaan juara Gegar Vaganza yang sekali lagi perlu bersaing untuk merebut gelaran pemenang.

"Dah penat-penat jadi juara, masuk balik program itu untuk juri ajar semula juara-juara cara menyanyi dan membuat persembahan?," tulisnya.

Sebelum ini, Damian juga pernah bersuara tidak bersetuju penglibatan penyanyi legenda dalam program realiti yang mengharapkan elaun mingguan dan diminta melakukan persembahan lari daripada jenama asal artis berkenaan.

Damian dalam pandangannya berkata, penyanyi ini seharusnya sibuk mengadakan konsert, persembahan siaran langsung selain membikin single dan album untuk peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain