suria

Masalah teknikal jadi punca pengacara salah umum juara Bintang Kecil 2023, lampu ‘jem’ kata Suhaimi Sulaiman

Suhaimi menjelaskan situasi sebenar pada Bintang Kecil 2023.

KETUA Pengarah, Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menjelaskan kesilapan terknikal menjadi punca kesilapan pengumuman pemenang pertandingan Bintang Kecil 2023 yang berlangsung pada malam Ahad.

Suhaimi berkata, lampu sorotan (spotlight) sepatutnya menyala dan dipancarkan kepada juara iaitu Fateeha Nasleen Suhaillin atau Kiki dari Sabah sebaliknya dihalakan kepada Nurfarina Farha Abdul Zahir yang mendapat tempat kedua.

Susulan kesilapan itu, Suhaimi yang membahasakan dirinya sebagai pakcik memohon maaf kepada Kiki dan Farha atas kesilapan sehingga menimbulkan kekeliruan dan kemarahan penonton.

sweet qismina 1

Sweet tersalah umum nama pemenang.

"Mesej ini pakcik (Suhaimi) tujukan khas kepada adik Kiki dan Farha iaitu pemenang tempat pertama dan kedua Bintang Kecil 2023 yang berlangsung semalam.

"Pakcik tahu perasaan Kiki dan Farha tertekan kerana format kita adalah lampu akan menyala kepada siapa yang akan menang dan Kiki memenangi pertandingan semalam tetapi lampu itu jatuh kepada Farha," jelasnya pada Isnin.

Dalam pada itu, Suhaimi menjelaskan salah seorang pengacara rancangan itu, Azam Pitt cuba menyelamatkan kesilapan yang berlaku namun ia sukar disebabkan lampu spotlight itu sudah tersangkut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh 10 kali, akan bangkit kali ke-11... Sweet Qismina tak baca komen pedas, dah minta maaf kepada 2 peserta Bintang Kecil 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad rupanya tauke kedai ais krim, cawangan kelima hadiah hari jadi ke-38

"Ia agak terlambat kerana lampu itu terlampau lama menyala dan ia tidak dapat jalan sebab sudah 'jem' ketika itu.

"Pakcik minta maaf bagi pihak RTM. Saya mendoakan agar Kiki dan Farha terus berjaya," ujarnya.

Ia agak terlambat kerana lampu itu terlampau lama menyala dan ia tidak dapat jalan sebab sudah 'jem' ketika itu

DATUK SUHAIMI SULAIMAN

KETUA PENGARAH JABATAN PENYIARAN MALAYSIA

Selain isu teknikal, netizen turut mengecam hos gandingan Azam iaitu pelakon Sweet Qismina yang tersalah mengumumkan nama pemenang bagi kategori Persembahan Terbaik.

Bagaimanapun Sweet sempat meminta maaf secara langsung dan mengaku dia gementar ketika membaca keputusan pemenang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan