suria

Amir Ahnaf kena kecam gara-gara luah hasrat kembang bakat ke Hollywood… “Saya ni hati tisu juga kadang-kadang”

GARA-GARA meluahkan hasrat mahu mengembangkan karier seni ke luar negara, pelakon Amir Ahnaf menerima kecaman hebat netizen.

Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 23, bagaimanpun berkata komen ditulis netizen itu sama sekali tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencipta nama di luar negara.

“Kadang-kadang bila saya berada dalam industri seni ni, tahu bukan semua suka saya tapi tak apa dengan keikhlasan serta kepercayaan orang lain dan apa yang saya buat ni semuanya untuk peminat saja.

“Hasil kerja saya tu terpulang kepada anda semua, kalau suka boleh lihat kalau tidak suka tak apa, anda boleh share dekat orang lain tak ada paksaan pun lagipun saya baru lagi dalam industri ini cuma kita tak tahu apa yang tuhan nak atur kehidupan kita kan.

“Kadang-kadang saya baca juga komen tu, cumanya saya ni hati tisu juga... tapi tak apa la saya tak ambil hati pun sebab semua orang ada mata dan otak yang berbeza serta berhak untuk bersuara tapi yang penting jaga adab,” kata Amir kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Amir mendapat tawaran bagi membintangi sebuah filem di Indonesia berjudul The Parcel.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi