suria

4 ekor kucing BSH RM20,000 buat bekas tunang... Talha Harith nak jual selepas tak jadi kahwin

PELAKON Talha Harith mendedahkan sanggup mengeluarkan wang sebanyak RM20,000 bagi membeli empat ekor kucing baka British Short Hair (BSH) untuk bekas tunangnya.

Talha atau Talha Harith Amir, 34, berkata, dia membuat pelaburan itu sebagai menyokong minat wanita berkenaan selain memulakan perniagaan selepas mereka berkahwin.

Susulan tidak jadi berkahwin, ada mencadangkan agar dia membuang atau membakar semua barang hantaran yang dibeli untuk majlis perkahwinan mereka.

"Ada suruh saya bakar sahaja segala perkara tentang bekas tunang, tak akan pula kucing ini semua saya nak bakar juga?," katanya ketika ditemui mStar.

Dalam pada itu, Talha menyangkal dakwaan dia belum ‘move on’ selepas bekas tunanganya bertindak memutuskan hubungan dan berkahwin dengan lelaki lain.

Talha berkata, dia berkongsi beberapa kenyataan dan foto di Instagram berhubung perkara itu kerana ingin mendengar pendapat orang ramai mengenai perkara itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi