suria

Minta sponsor nak buat muzik video, Nadeera kecil hati digelar pengemis

PENYANYI Nadeera Zaini berasa kecil hati apabila ada pihak memanggilnya dengan gelaran pengemis gara-gara dilihat sering meminta tajaan untuk membiayai muzik video lagu terbaharunya.

Nadeera atau Farah Nadeera Zaini, 30, berkata, penggunaan perkataan pengemis itu disifatkan sebagai keterlaluan sekali gus menjatuhkan imejnya sebagai seorang penyanyi.

"Saya dikatakan mengemis oleh salah seorang netizen dan dia kata nak jadi artis ke atau mengemis sebab minta tajaan untuk menyiapkan muzik video lagu Emas dalam hantaran Instagram saya.

"Ketika itu memang saya fikir tak boleh diam lagi sebab sebelum ini saya senyap bila orang bodyshaming kerana menganggap ia asam garam sebagai selebriti.

"Dulu mungkin boleh diam tapi bila isu mengemis ini timbul saya tak boleh berdiam diri sebab saya tak buat salah apa-apa," katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Nadeera muncul sebagai juara program Big Stage 2023 yang berlangsung pada Julai lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi