suria

Fila Adama ulang-alik KL dan Guinea urus bisnes, sedih dituduh tak nak mengandung kerana mahu jaga badan

PERSONALITI media sosial Fila Amir menepis dakwaan sangkaan netizen kononnya dia enggan hamil kerana mahu menjaga berat badan.

Kata Fila atau nama sebenarnya Nur Afilah Amir Rusdi, 28, sebelum ini dia dan suami iaitu Adama Mohamed Camara ada melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) namun gagal.

“Ada yang mempertikaikan serta mempersoalkan kenapa tak nak anak, ada yang menuduh kononnya saya tak nak anak sebab nak kurus dan perkara itu memang tak seronok sebenarnya.

“Bukannya kami tidak usaha sebelum ini... saya pun tak heboh ada lakukan rawatan tapi bila gagal baru kami kongsikan,” kata Fila kepada mStar.

Dalam pada itu Fila turut meminta supaya netizen hentikan memberikan sebarang spekulasi mengenai rezeki anak malah memberitahu dalam proses untuk melakukan rawatan untuk kali kedua.

“Jangan mempersoalkan perkara itu sehingga membuatkan ia menyakitkan hati orang, nak tanya boleh tak marah pun malah sekarang ini kami sedang persiapkan diri untuk rawatan kedua yang akan dibuat dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi