suria

P Radhi masih sedih pemergian klon P Ramlee, ‘show’ terakhir kenangan bersama arwah Fairuz Misran.. “Masa itu dia banyak cakap”

PENYANYI P Radhi memberitahu dia rasa terkejut apabila mendapat berita pemergian rakannya iaitu Fairuz

Misran pada 8 September lalu.

Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Rahman, 31, berkata dia terkilan apabila hajatnya untuk berkolaborasi bersama arwah tidak kesempaian.

“Mula-mula dapat berita ni memang terkejut dan tak percaya sampai la adik ipar dia hubungi saya dan beritahu sendiri mengenai berita pemergiannya ini.

“Kali terakhir berjumpa dengan arwah pada 9 Julai lalu bersama Muslee Ramlee... kami ada persembahan bersama tapi ketika tu pun dia nampak lain sebab banyak berborak dengan kami macam tak ada hari lain pula.

“Saya agak terkilan sebenarnya sebab hajat untuk bekerjasama dengannya tidak kesempaian, arwah ada bagi tahu ingin hasilkan lagu buat saya selepas ini, malah arwah juga selalu berikan sokongan kepada saya untuk teruskan memperjuangkan karya Tan Sri P.Ramlee,” kata Radhi kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi