suria

Ramai sangka CEO Batu sudah sembuh, siap gurau kasar apabila jumpa… “Mereka tegur dan tampar bahu saya”

GARA-GARA kemalangan kecil terjatuh pokok pada Jun lalu, personaliti media sosial Ceo Batu memberitahu dia terpaksa mengurangkan aktiviti lasak selama beberapa bulan ini.

Kata Ceo Batu atau mesra disapa Black, meskipun sudah pulih sepenuhnya namun dia memilih untuk berhati-hati dalam melakukan content supaya tidak mencederakannya lagi.

“Alhamdulilah makin baik sekarang ini dan hampir tiga minggu sudah keluar hospital, jalan pun makin okay saat ini serta tahap kesihatan pun beransur pulih cumanya tak boleh lakukan aktiviti lasak lagi.

“Aktiviti harian juga tak menggangu, cumanya waktu mula-mula dulu nak bangun serta jalan pun susah. Trauma daripada insiden tu memang ada cumanya saya orang kampung jadi perkara lasak tu macam biasa bagi saya.

“Buat masa ni mungkin saya akan hentikan buat content lasak dalam beberapa bulan sebab keadaan kurang mengizinkan tunggu sikit masa lagi kalau okay baru mula balik dansekarang ini buat content travel saja.

“Ada juga jumpa peminat tak tahu dan mereka tegur serta tampar bahu kawasan pembedahan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi