suria

Netizen puji Shiera dan bekas suami, dah lama berpisah tapi hubungan masih akrab… “Saya bertuah sebab Jatt orangnya baik tenang”

RAMAI netizen memuji keakraban hubungan penyampai radio Suria FM Sharifah Shahirah dan bekas suaminya yang juga penyanyi Jatt Ali.

Meskipun sudah lama berpisah, Shiera atau lebih mesra dengan panggilan Kak Rara berkata tiada sebab untuk mereka bermusuhan kerana masing-masing sudah memiliki keluarga sendiri.

Malah dia turut bersyukur kerana sehingga kini mereka masih lagi mengekalkan hubungan silaturahim.

“Saya sangat bersyukur kerana ada Jatt sebab dia orang yang baik walaupun dia rocker tapi dia masih tenang, berkawan biar dengan orang yang baik-baik saja.

“Kalau dulu saya beranak dia datang dan kalau saya ke Singapura saya akan datang jumpa dia atau keluarga mereka, lagi pun itu saja keluarga yang saya ada pun.

“Kalau bercerai tu permulaan ya akan gaduh tapi kita kena cari jalan dapat jernihkan hubungan ni kembali, Alhamdulilah hubungan saya bersama bekas suami serta yang lain semuanya baik-baik saja, cuba jadi keluarga terbaik,” kata Shiera kepada mStar.

Untuk rekod, Shiera dan Jatt berkahwin pada tahun 1993 dan berpisah pada tahun 1999. Pasangan ini dikurniakan seorang anak iaitu Allisya.

Shiera kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari pada tahun 2003 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi